malam tersebut kelurga hajah khairiah berkumpul semula. kali ini, bukan sahaja keluarga datuk zulkifli dan datin sofea, malah anak-anak hajah khairiah yang lain turut datang. malam tersebut hajah khairiah ingin membuat sedikit makan malam bersama keluarga sebagai tanda kepulangan cucu kesayangannya.
"huz.. mana akak ko," kata asyraf. asyraf merupakan sepupu melisa dan huzaimy. asyraf sebya dengan melisa. asyraf merupakan anak kepada doktor syukri, anak kedua hajah khairiah.
huzaimy pun menjawab," ada kat atas. tengah bersolek la tu. orang perempuan katakan. memang camtu. hahahaha..."
"hahaha.. betul tu huz.. orang perempuan nie memang la kuat bersolek. mcm awek aku la.. hahaha.. nak jumpa depan rumah pun nak bersolek. hahaha,"
"hahaha.. aku tak sangka kali ni ko sokong aku.. selalu ko tak de pun sokong aku,"
"hahaha.. tu dulu la bro.. sekarang baru aku tahu," kata asyraf sambil ketawa terbahak-bahak.
melisa turun dengan sepasang gaun merah berona merah jambu. lisa ternampak huzaimy dan asyraf sedang ketawa, lalu dia menegur mereka.
' hoi korang.. korang gelakkan sape hah??
" oppss.. ini puteri mana pulak nie," kata buzaimy sambil ketawa.
" hehehe.. akak macam puteri ekh.. puteri apa???,"
" puteri singa.. hahahaha," kata asyraf
"betul tu bro.. macam puteri singa.. hahahah," kata huzaimy pula, menyetujui kata asyaraf.
" kurang garam betul la mamat dua ekor nie," kata lisa sambil menarik telinga mereka berdua.
hajah khairiah hanya melihat sambil ketawa lalu memanggil tiga org cucu-cucunya untuk makan. hajah khairiah hanya mempunyai 3 org cucu sahaja. dia mempunyai tiga org anak iaitu zulkifli, syukri dan hashima. tetapi hashima telah pergi ke rahmatullah 7 tahun yang lalu, iaitu sehari sebelum dia diijab kabulkan. oleh itu, hanya 3 org cucunya penyambung keturunannya yang ada.
mereka makan bersama-sama. keadaan menjadi sunyi sepi sewaktu mereka sedang makan. semua org tahu bahawa hajah khairiah tidak suka mendengar perbualan sewaktu sedang makan kecuali sewaktu makan pencuci mulut. sewaktu sesi pencuci mulut,datuk zulkifli memulakan bicara.
" ibu, adakah dah tiba masanya kita hendak memberittahu lisa," kata datuk zulkifli.
hajah khairiah melepaskan keluhan lalu berkata," urmm.. ibu rasa dah tiba masanya kerana lagi satu minggu pertunangan akan diadakan dan hanya ada 3 bulan sahaja sebelum akad nikah akan diadakan,"
" baiklah ibu. lisa.. papa nak cakap dengan lisa sikit boleh tak," kata datuk zulkifli.
melisa memandang papanya, lalu berkata,"of cos papa, why not."
" lisa.. sebenarnya papa, mama, uncle, auntie dan juga nenda, telah menetapkan tarikh pertunangan lisa dengan seorang doktor dan merupakan cucu kawan baik nenda. lelaki tu hanya 3 tahun lebih tua dari lisa. dan dia merupakan kedoktoran dari jordan lisa.. papa dan semua harap lisa setuju ye," datuk zulkifli menjelaskan..
melisa hanya terdiam dan hanya menundukkan kepalanya tanpa mengelurkan kata-kata. keadaan menjadi senyap semula.
"lisa... papa minta maaf ok.. papa hanya nak menolong lisa."
" tidak mengapa papa, lisa faham.. and lisa setuju dengan papa, mama, nenda dan semua. lisa setuju. lagipun.. bila lagi lisa nak mencari bakal suami lisa kan," kata lisa sambil mengukirkan sebuah senyuman yang cukup manis.
seluruh ahli keluarga hajah khairiah kembali ceria dan kembali mengukir sebuah senyuman, terutama sekali hajah khairiah sendiri. dia gembira kerana hajatnya ingin bersatu dengan sahabat baiknya itu menjadi kenyataan.
"so bila bakal laki lisa nak datang.. alamak.. lepas nie lisa kena jadi ustazah la kan.. coz bakal laki lisa tu belajar kat jordan kan.. urmm.. kena tukar style nie.. nanti laki lisa cabut pulak," celoteh melisa sambil ketawa..
seluruh keluarag hajah khairiah ketawa mendengar lawak lisa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>