Tuesday, December 29, 2009

Bab 1

" Bila flight Lisa tiba bang," kata Datin Sofea kepada suaminya, Datuk Zulkifli.


Lalu Datuk Zulkifli pun berkata, " Sebentar lagi sampai la tu."


lalu datuk zulkifli memandang ke arah anak terunanya, huzaimy. lalu dia bertanya kepada anaknya yang dalam keadan tak tentu terhala itu, " kenapa huz???"


" tak ada apa-apa la papa. huz just gelisah kak lisa tak sampai-sampai lagi," kata huz.


"ohh.. papa ingatkan huz takut tunggu kak lisa. ye la.. huz kan dah hancurkan kak lisa punya perhiasan," lalu datuk zulkifli pun ketawa..


huzaimy berasa serba salah dan malu. memang itu sebabnya dia berkeadaan macam tu. sapa tak tahu perangau kakak dia tu. kalau dah marah, macam singa lapar je.


Tiba-tiba dia ternampak kelibat yang tidak asing lagi, iaitu kakaknya muncul dari balai pelepasan. kakaknya, Sara Melisa, yang baru pulang dari England merupakan puteri kepada datuk zulkifli dan datin sofea. seorang anak gadis yang berusia 24 tahun, cantik dan mempunyai budi pekerti yang tinggi. sara melisa baru sahaja menamatkan pengajian dia di sebuah university di england. dia pulang membawa gelaran doktor muda.



" Papa!!! Mama!!," jerit melisa lalu menerpa ayah dan ibunya serta satu-satunya adik yang dia ada iaitu huzaimy.


mereka berpelukan sambil menangis teresak-esak menyambut kepulangan satu-satunya puteri mereka.


dalam perjalanan pulang, lisa menceritakan bermacam-macam cerita dan pengalamannya selama 5 tahun di sana.. walaupun keluarganya sering melawatnya di sana, tapi bagi lisa, ia tidak sama seperti mana dia berjumpa keluarganya di atas tanah airnya sendiri.




......................................................................




kereta toyota camry telah memasuki ke kediaman datuk zulkifli dan datin sofea yang terletak di damansara utama. apabila kereta tersebut berhenti saja, lisa dengan sepantas kilat keluar dari kereta tersebut lalu masuk ke rumah dan mencari nenda kesayanganya, hajah khairiah.




hajah yang sedang duduk di beranda di tingkat dua sambil membaca sbuah kitab agama, terkejut mendengar jeritan cucu kesayangannya. lalu dia segera bangun dan mencari cucunya. lisa begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan nendanya. mereka berpelukan sambil menangis teresak-esak. menangis sinar kegembiraan. lisa seperti apa yang dilakukan di dalam kereta tadi bersama keluarganya, turut dilakukan bersama neneknya. lisa menceritakan berbagai-bagai cerita dan pengalamannya di sana. satu keluarga hajah khairiah tahu bahawa sara melisa ini memang terkenal dengan sikapnya ramah tamah dan kuat bercerita. keluarga hajah akan sunyi sekiranya sara melisa tiada bersama mereka...




" ok la lisa.. lisa pergi la berehat atau mandi. malam nanti, lisa sambung cerita ok..," kata hajah khairiah.


" baiklah nenda. lisa pun penat ni.. malam nanti kita bersembang lagi ye," lisa menjawab. lalu mencium dahi dan kedua belah pipi hajah khairiah.


hajah khairiah hanya mengangguk saja..




...........................................................

malam tersebut kelurga hajah khairiah berkumpul semula. kali ini, bukan sahaja keluarga datuk zulkifli dan datin sofea, malah anak-anak hajah khairiah yang lain turut datang. malam tersebut hajah khairiah ingin membuat sedikit makan malam bersama keluarga sebagai tanda kepulangan cucu kesayangannya.



"huz.. mana akak ko," kata asyraf. asyraf merupakan sepupu melisa dan huzaimy. asyraf sebya dengan melisa. asyraf merupakan anak kepada doktor syukri, anak kedua hajah khairiah.

huzaimy pun menjawab," ada kat atas. tengah bersolek la tu. orang perempuan katakan. memang camtu. hahahaha..."

"hahaha.. betul tu huz.. orang perempuan nie memang la kuat bersolek. mcm awek aku la.. hahaha.. nak jumpa depan rumah pun nak bersolek. hahaha,"

"hahaha.. aku tak sangka kali ni ko sokong aku.. selalu ko tak de pun sokong aku,"

"hahaha.. tu dulu la bro.. sekarang baru aku tahu," kata asyraf sambil ketawa terbahak-bahak.

melisa turun dengan sepasang gaun merah berona merah jambu. lisa ternampak huzaimy dan asyraf sedang ketawa, lalu dia menegur mereka.

' hoi korang.. korang gelakkan sape hah??

" oppss.. ini puteri mana pulak nie," kata buzaimy sambil ketawa.

" hehehe.. akak macam puteri ekh.. puteri apa???,"

" puteri singa.. hahahaha," kata asyraf

"betul tu bro.. macam puteri singa.. hahahah," kata huzaimy pula, menyetujui kata asyaraf.

" kurang garam betul la mamat dua ekor nie," kata lisa sambil menarik telinga mereka berdua.

hajah khairiah hanya melihat sambil ketawa lalu memanggil tiga org cucu-cucunya untuk makan. hajah khairiah hanya mempunyai 3 org cucu sahaja. dia mempunyai tiga org anak iaitu zulkifli, syukri dan hashima. tetapi hashima telah pergi ke rahmatullah 7 tahun yang lalu, iaitu sehari sebelum dia diijab kabulkan. oleh itu, hanya 3 org cucunya penyambung keturunannya yang ada.

mereka makan bersama-sama. keadaan menjadi sunyi sepi sewaktu mereka sedang makan. semua org tahu bahawa hajah khairiah tidak suka mendengar perbualan sewaktu sedang makan kecuali sewaktu makan pencuci mulut. sewaktu sesi pencuci mulut,datuk zulkifli memulakan bicara.

" ibu, adakah dah tiba masanya kita hendak memberittahu lisa," kata datuk zulkifli.

hajah khairiah melepaskan keluhan lalu berkata," urmm.. ibu rasa dah tiba masanya kerana lagi satu minggu pertunangan akan diadakan dan hanya ada 3 bulan sahaja sebelum akad nikah akan diadakan,"

" baiklah ibu. lisa.. papa nak cakap dengan lisa sikit boleh tak," kata datuk zulkifli.

melisa memandang papanya, lalu berkata,"of cos papa, why not."

" lisa.. sebenarnya papa, mama, uncle, auntie dan juga nenda, telah menetapkan tarikh pertunangan lisa dengan seorang doktor dan merupakan cucu kawan baik nenda. lelaki tu hanya 3 tahun lebih tua dari lisa. dan dia merupakan kedoktoran dari jordan lisa.. papa dan semua harap lisa setuju ye," datuk zulkifli menjelaskan..


melisa hanya terdiam dan hanya menundukkan kepalanya tanpa mengelurkan kata-kata. keadaan menjadi senyap semula.

"lisa... papa minta maaf ok.. papa hanya nak menolong lisa."

" tidak mengapa papa, lisa faham.. and lisa setuju dengan papa, mama, nenda dan semua. lisa setuju. lagipun.. bila lagi lisa nak mencari bakal suami lisa kan," kata lisa sambil mengukirkan sebuah senyuman yang cukup manis.

seluruh ahli keluarga hajah khairiah kembali ceria dan kembali mengukir sebuah senyuman, terutama sekali hajah khairiah sendiri. dia gembira kerana hajatnya ingin bersatu dengan sahabat baiknya itu menjadi kenyataan.

"so bila bakal laki lisa nak datang.. alamak.. lepas nie lisa kena jadi ustazah la kan.. coz bakal laki lisa tu belajar kat jordan kan.. urmm.. kena tukar style nie.. nanti laki lisa cabut pulak," celoteh melisa sambil ketawa..

seluruh keluarag hajah khairiah ketawa mendengar lawak lisa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>